Rali Dan Ulangtahun Ke- 2 BZM Marketing (m) Sdn. Bhd.

Kejayaan bumiputera di bidang jualan langsung tidak harus dipandang rendah bilamana 80 peratus penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pendapatan hasil jualan langsung disumbangkan oleh usahawan Melayu. Ini turut dibuktikan oleh syarikat jualan langsung BZM Marketing (M) Sdn Bhd yang memasarkan produk kecantikan dan perubatan berasaskan tumbuhan Aloe Vera berkhasiat di bawah jenama De Bella. Dengan usaha penuh komited dan perancangan pemasaran yang berkesan, BZM Marketing (M) Sdn Bhd telah berjaya meletakkan dirinya setara dengan syarikat-syarikat jualan langsung yang lain. Ini dibuktikan apabila menyambut ulangtahunnya yang kedua di sebuah hotel terkemuka baru-baru ini.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pengarah Urusan BZM Marketing, Puan Puziah Saad, Pengurus Besar, Encik Mustapa dan juga para pengedar produk De Bella yang berjumlah hampir 500 orang.

Majlis ulangtahu tersebut telah diserikan dengan beberapa aturcara menarik seperti penganugerahan kepada para stokis yang berjaya mencapai tahap Manager, Director, Group Director, Diamond Director dan Crown Diamond. Pengiktirafan dan hadiah lumayan turut diberikan kepada stokis terbaik dan jualan individu tertinggi.

Tambah memeriahkan majlis bilamana pertandingan karaoke dan cabutan nombor bertuah turut diadakan kepada setiap hadirin. Dalam ucapannya, Pn Puziah menyatakan rasa kagumnya terhadap usaha gigih para pengedar serta kepercayaan yang diberikan dalam meningkat nama syarikat BZM Marketing. Malah dengan perancangan pemasaran yang teliti para pengedar mampu menikmati ganjaran yang setimpal melalui perniaagaan yang lebih dianggapnya sebagai satu perkongsian bijak yang memberikan keuntungan bersama. "Apa yang utama perniagaan ini perlu dilakukan dari hati ke hati dengan penuh kejujuran kerana saya yakin tidak sukar untuk menyakinkan pengguna terhadap produk De Bella yang berkualiti tinggi."

Petang itu Dewan hotel yang begitu besar dan indah, gamat dengan pelbagai cabutan bertuah. Semua pulang dengan membawa hadiah berupa welcome give, table give dan lucky draw. Tahun hadapan pengedar-pengedar yang berkelayakan akan menunaikan umrah. Itulah janji BZM kepada pengedar-pengedarnya. Rally yang ketiga akan lebih meriah dan lebih gamat lagi dengan pelbagai hadiah untuk pengedar yang sama-sama menjadi rakan kongsi syarikat.