Rali Dan Ulangtahun Pertama BZM Marketing (m) Sdn. Bhd.

Sebagai penghargaan kepada pengedar, pemimipin pengedar dan stokis, BZM Marketing telah mengadakan rali sempena menyambut ulangtahun pertama syarikat. Hampir semua stokis bagi setiap negeri hadir memeriahkan suasana majlis pada petang 19 Jun 1999 di Swiss Garden Hotel.

Pengedar dan stokis yang hadir berpeluang merebut hadiah-hadiah lumayan yang disediakan melaui cabutan kupon. Puan Normah Ab Malek muncul sebagai Stokis Terbaik, Puan Mastura Bachik memenangi anugerah Pengedar Terbaik dan Puan Hapsah Hj Ahmad dalam kategori Pemimipin Pengedar Terbaik.
Pengarah Urusan BZM Marketing, Puan Puziah Saad berpuas hati dengan kelancaran majlis dan hampir semua pengedar yang hadir pulang membawa hadiah. BZM Marketing berbangga walaupun berusia setahun jagung, namun produk De Bella telah mendapat sambutan hangat di kalangan pengguna. Semua yang hadir bergembira menyanyikan lagu ‘Hitam Putih Kehidupan’dengan penuh semangat dan berharap berjumpa lagi di rali yang kedua.