Hari Keluarga BZM Marketing Di Port Dickson


Sebahagian Keluarga BZM bergambar di hadapan resot.

Bersedia memulakanacara 'telematch' di pantai

                         Pada tahun 2001 hari keluarga BZM Marketing (M) Sdn. Bhd. diadakan di Port Dickson Negeri Sembilan, bersempena cuti Tahun Baru Cina. Selama tiga hari dua malam keluarga BZM seramai 200 orang berkumpul sambil berhibur bersama keluarga masing-masing. Sebenarnya anak-anak yang paling seronok kerana kesibukan ibu bapa memasarkan produk De Bella memaksa mereka selalu ditinggalkan. Pada hari ini mereka begitu gembira berkumpul dalam keluarga besar De Bella.


Masjlis sambutan Hari Raya, kanak-kanak dapat duit raya. Ibubapa main rebut kerusi, siapa menang juga ada hadiahnya.

Acara penutup. Persembahan kumpulan, Pak Aji pun 'dangdut' juga ke...

                         Program tahunan ini memberikan kepuasan kepadapeserta kerana pelbagai acara telah diadakan seperti pertandingan melukis, sukaneka, karaoke dan pertandingan pakaian beragam. Masing-masing pulang dengan pelbagai hadiah yang disediakan oleh BZM Marketing (M) Sdn. Tidak ketinggalan kanak-kanak mendapat duit raya kerana bulan Syawal yang masih diraikan. Tahun hadapan akan bertambah meriah lagi hari keluarga BZM kerana pertambahan bilangan stokis dan pengedar BZM Marketing (M) Sdn. Bhn.