Hari Keluarga BZM Marketing Di Cherating


Sukaneka di pantai acara tarik tali.

                        Sempena cuti Tahun Baru Cina yang lalu, keluarga BZM Marketing (M)  Sdn. Bhd., telah mengadakan Hari Keluarga BZM di Residence Inn, Cherating , Kuantan Pahang, selama 3 hari 2 malam.

                        Seramai 200 orang ahli keluarga BZM telah turut sama memeriahkan acara-acara yang disediakan khusus untuk memeriahkan hari keluarga tersebut. Pelbagai acara telah diadakan seperti acara sukaneka pantai, karaoke, senamrobik, mencari harta karum dan malamnya dihidangkan dengan menu-menu BBQ.


Puan Puziah dan suami, Pengarah Urusan yang aktif dan sporting..

Acara menampi padi untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.

Semua peserta sangat gembira dan tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai acara hari keluarga BZM di tahun hadapan.