Make your own free website on Tripod.com

           Bella-Z Mutiara Marketing (M) Sdn Bhd atau ringkasnya BZM Marketing (M) Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 12 September 1997 untuk menjalankan jualan langsung . Lesen jualan langsung dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 13 Mei 1998 yang bernombor AJL 931096.

          Puan Puziah Saad , 36 tahun selaku pengarah urusan syarikat berpengalaman hampir 10 tahun dalam bidang jualan langsung sebagai pengedar bebas, stokis dan mencapai kejayaan-kejayaan yang membanggakan telah membina dan menguatkan impian untuk menjadi usahawan dan peneraju utama dalam bidang jualan langsung. Encik Mustapa Sulaiman, 40 tahun juga merupakan tunggak utama dalam perniagaan ini dan bertindak selaku pengarah kewangan syarikat untuk memastikan perkembangan syarikat dan lebih berdaya saing dalam pasaran.

        BZM Marketing (M) Sdn Bhd memasarkan produk berasaskan Aloe Vera yang terdiri daripada produk penjagaan kesihatan dan penjagaan kulit. Bermula dengan rangkaian penjagaan kesihatan, kini syarikat telah memperkembangkan lagi rangkaian produk yang meliputi penjagaan kulit dan keperluan rumah yang berjumlah lebih daripada 30 produk.

        Keyakinan terhadap barangan aloe vera ini adalah berdasarkan pengalaman sewaktu menjadi pengedar dan pengguna produk tersebut. Permintaan dan jualan ulangan yang tinggi meyakinkan syarikat bahawa terdapat banyak permintaan terhadap produk ini.

        BZM Marketing memasarkan produknya secara sistem jualan langsung pelbagai tingkat(Multi-Level Marketing). Sistem perniagaan berangkai ini memudahkan pemasaran produk dan terbukti keberkesanannya.